Kepada Hishammudin: Arahan segara kepada K/Pengarah supaya guru pemulihan tidak fasih bertutur bahasa Cina dialihkan
DENGAN SEGERA
FAKS: 03-88895846
14 JUN 2007
Kepada:
Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein,
Menteri Pelajaran,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
Dato’ Seri,
Menyeru agar Arahan Segera Disampaikan kepada Ketua Pengarah Pelajaran supaya Guru-guru Pemulihan Tidak Fasih Bertutur Bahasa Cina yang Bertugas di Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang Kurang Murid Dialihkan
Merujuk kepada perkara di atas, saya bagi pihak Parti Tindakan Demokratik (DAP) ingin menyeru agar arahan segera Dato’ Seri dapat disampaikan kepada Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon supaya guru-guru pemulihan tidak fasih bertutur dalam bahasa Cina yang sedang bertugas di Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang kurang murid dapat dialihkan/ditugaskan ke sekolah-sekolah yang lain.
2. Walaupun Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Hon Choon Kim berjanji pada hari Isnin, iaitu 11 Jun 2007 supaya surat pekeliling akan dikeluarkan dalam sehari dua untuk mengalihkan guru-guru pemulihan yang tidak fasih bertutur dalam bahasa Cina, namun sehingga saat ini tiada sebarang pemberitahuan atau pengumuman rasmi telah dibuat oleh pihak Kementerian.
3. Didapati bahawa sebilangan besar guru pemulihan yang tidak fasih bertutur bahasa Cina dihantar ke SJK Cina yang kurang murid di sekitar negeri Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan sebagainya. Walaupun terdapat juga guru-guru pemulihan yang fasih bertutur bahasa Cina, namun bilangan mereka adalah kecil sekali.
4. Disebabkan guru-guru pemulihan yang tidak fasih bertutur dalam bahasa Cina tidak dapat memainkan peranan untuk membimbing pelajaran bagi murid-murid yang lemah dalam proses pembelajaran, maka guru-guru tersebut seharusnya dialihkan/ditugaskan ke sekolah-sekolah yang lain.
5. Semasa lawatan ke Negeri China, Dato’ Seri juga berjanji bahawa pendekatan ini akan dikaji semula sekiranya guru-guru pemulihan tersebut tidak dapat memainkan peranan mereka dapat meningkat semula tahap pembelajaran murid-murid di SJK Cina. Mengikut maklum balas yang diberi oleh pihak sekolah-sekolah yang terlibat, peranan guru-guru pemulihan yang tidak fasih bertutur dalam bahasa Cina adalah terhad.
6. Dengan ini, saya menyeru Dato’ Seri dapat mengambil tindakan dalam menangani masalah ini dengan segera, supaya guru-guru pemulihan tersebut dialihkan/ditugaskan ke sekolah-sekolah yang lain bagi menjamin proses pembelajaran murid-murid di SJK Cina tidak terbantut.
7. Pada masa yang sama, saya ingin bercadang supaya pihak Kementerian dapat juga menyiarkan iklan-iklan pengambilan jawatan kosong dalam akhbar-akhbar bahasa Cina supaya dapat menarik minat mereka yang fasih bertutur bahasa Cina dapat mengemukakan permohonan untuk jawatan-jawatan tersebut. Ini dapat mengelakkan episod kebelakangan ini berulang semula pada hari kelak.
8. Segala jasa baik Dato’ Seri adalah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
___________________
(NG WEI AIK)
Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home